Monday, 22 July 2013

SEMINAR GEAR UP GCB PERMAISURI

Seminar yang berlansung pada 20-21hb Julai di Permaisuru Resort & Hotel Port Dikson amat memberi kesan dihati. Barisan peserta yang paling ramai setakat ini yang pernah saya sertai . Mencecah 200 peserta penuh dewan seminar. Aura positif dan semangat yang kuat berada dipersekitaran dewan seminar. Slot demi slot membawa kami semua ke penghujung tanpa berganjak. Majlis dimulakan dengan doa dan nyayian lagu kebanggan kami . Lagu yang memberi kami kesedaran & seribu harapan. Lagu Hai- O perjuanganku inilah yang berjaya menitikkan air mataku setiap kali mengalunkannya. Mesej penuh pengertian yang membawa sejuta impian bersama-sama.



Slot pertama dimulakan oleh CDM Ahmad Saufi Mat Ali dengan tajuk "Biar Betul Betul". Apa juga impian dan angan2 kita, lakukan sampai ianya menjadi kenyataan. 
Mesej yang disampaikan penuh pengertian & harapan. Bersyukur dan hargai peluang yang kita jumpa, kerana kita pasti akan merasa nikmatnya jika kita betul2 lakukannya. Mulakan peluang bisnes untuk lakukan perubahan dalam hidup walaupun bermula dengan sedikit. Kerana dari sedikit kita akan dapat yang banyak. Besarkan impian kita kerana setiap impian yang besar pasti ada impak dalam kehidupan. Dan pastikan setiap impian kita dimulakan dengan usaha yang betul-betul dan bersungguh-sungguh untuk kita gapai kejayaan di akhirnya.
Jaminan dalam peluang yang terbentang luas. Syarikat yang kukuh. Produk yang terbaik dari segi kualiti & margin keuntungan serta tanpa perubahan teknologi .
Pemimpin yang berpengalaman lebih 5 tahun dalam bisnes serta masih kekal hingga hari ini menjalankan bisnes yang sama dan berubah dari kosong kepada Multi Millionair.
Kita hanya perlu beri peluang kepada diri sendiri untuk capai impian setahun dua dari sekarang. In shaa Allah jika kita punya impian Allah pasti akan kabulkan selagi kita terus berusaha & berdoa padaNYA.
Asal kita YAKIN, ADA KOMITMENT, BERILMU & SEGERA BERTINDAK. Pasti semuanya tidak mustahil.


Slot2 seterusnya disampaikan secara santai oleh CDM Yahasnidzal yang lebih senang dipanggil Abg Nidzal. Bertajuk BUAT SAMPAI JADI. Tip2 simple tapi penuh pengisian . Santai dan enjoy itulah konsep yang cuba diserapkan kpd usahawan spt kita supaya tidak stress & terbeban dengan bisnes yang sepatutnya dilakukan secara santai bukan membebankan. Sekali fikir memang betul kerana lakukan secara santai akan buat kita semakan seronok untuk teruskan bisnes ini. In Shaa Allah akan terus amalkan sikap yang simple dalam menjalankan bisnes ini kerana yang mudah pasti lebih senang diterima.

Slot ke tiga di sampaikan oleh CDM Norhayaty menbawa kami semua terbang terus ke Gold Coast Australia. Belum lagi pergi tapi kami semua telah sampai le destinasi itu. CDM Kak yati dgn penuh penghayatan memberi impak & semangat untuk kami semua terus berusaha menjalankan perniagaan ini, disamping dapat membantu kita juga mendapat ganjaran kepuasan dalam perniagaan.



Slot terakhir yang memang ditunggu-tunggu. Tak sabar mendengar suara emas Mentor kami pemimpin yang penuh komited terhadap rakan kongsi. Walau dimanapun kita, walau siapapun kita pasti senang untuk mendampingi beliau. dalam kesihatan yang kurang memuaskan tapi masih mampu berdiri dan tersenyum untuk meraikan kami semua. Slot terakhir bertajuk TIME TO CHANGE memberi makna & pengertian "MASA WAJIB BERUBAH".
Kenyataan yang paling memberi kesedaran kepada saya apabila CDM Nor Azilawati Mat Zain atau lebih senang dipanggil Kak Azi, mengelarkan kami semua CEO. Tanpa sedar memang benarlah kami semua adalah CEO. Kerana ini bisnes kami sendiri. Bukan bisnes perkongsian. Kami lah yang keluarkan modal untuk memulakannya tak kira modal wang ringgit atau modal INSAN. Ya Allah, baru kini aku sedar, Aku perlu lebih usaha untuk membangunkan bisnesku, memajukan bisnes ini demi untuk mencapai impian, demi untuk mengembirakan insan-insan yang kami sayang. Demi untuk berubah dari yang biasa-biasa jadi luar biasa. Kami ingin lebih menyerlah dari yang biasa.

Alhamdulillah, berakhirnya seminar sehari memberi banyak kesedaran kepada kami dimana banyak kekurangan dalam usaha kami selama ini.

Seminar lengkap buat kami semua amat berharga kerana majlis di bulan Ramadhan ini banyak manfaat yang kami dapat, selain ilmu, keakraban, kasih sayang dan pengisian berharga kami bawa balik untuk dikongsi bersama rakan kongsi serta keluarga.





Kami melangkah pulang dengan penuh harapan dan kepuasan. Mulakan langkah untuk lebih suksess dan menjadi CEO yang penuh dedikasi, penuh semangat & keikhlasan.

Aminnnnn!!!!


No comments:

Post a Comment